Lokasi

NO 142, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, Malaysia




Hubungi kami 010-6002272 / 017-3965142 / 012-2165164 / 017-5502612 / 019-4776716








http://www.ibilik.my/rooms/232523/ombak-rindu-homestay-kuala-kedah

Bilik

Ruang Tamu    


Bilik Tidur Utama 1







Bilik Tidur 2




Bilik Tidur 3












Bilik Air



Dapur

Harga

Harga = RM 180 + RM100 (Deposit)
Sehari

Check In    : 3.00pm
Check Out  : 12.00pm

Promosi

-Memancing.
-Memukat ikan Kembung & Udang.
-Pakej sehari menjadi Nelayan menangkap ikan Kembung.
-Menyusuri Sg Kedah.

Fasaliti

-Penghawa Dingin

-Dapur

-Peralatan Memasak

-Dua buah tandas

-Berhampiran Dengan Kedai Runcit


Kawasan Menarik di Ombak Rindu Homestay

Jambatan Tok Pasai

Mengikut sejarah nama jambatan Tok Pasai ini sempena nama Datok Panglima Bukit Gantang.


Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.

                                              Pintu Masuk Kota Kuala Kedah

Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.

Muzium Kota Kuala Kedah


Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Hari & Masa Lawatan

Sabtu - Khamis : 9.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
2.30 petang - 6.00 petang

Bayaran Masuk

Percuma










Marina